Pengasas Kami

Pengasas Kami

Datin Cherlin Cheah

Pencetus di sebalik jenama – Felement.

Seorang penceramah dan pensyarah terkenal yang mempunyai kepakaran dalam Feng Shui, Numerologi dan Astrologi selama lebih sedekad. Beliau dilahirkan dalam kesederhanaan, dan kehidupannya tidak pernah berjalan dengan mudah. Ia dipenuhi dengan cabaran dan liku-liku kehidupan, namun semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk mengejar minat serta kehidupan yang diimpikan. Ketabahan, tenaga positif dan keyakinan yang kuat telah membawa beliau kepada kejayaan, seterusnya menjadikannya seorang jurulatih transformasi kehidupan yang berjaya.

Pengalaman sebenar dalam kehidupannya membuatkan beliau percaya bahawa harapan dan keyakinan yang kukuh mampu membawa perubahan besar dalam hidup seseorang. Oleh itu, beliau memulakan perjalanan Feng Shui dengan tujuan untuk membantu orang lain yang melalui situasi seperti dirinya — untuk memulihkan tenaga dalaman dan mengambil semula kawalan terhadap kehidupan mereka. Dalam tempoh hanya 15 tahun, beliau telah membantu lebih daripada 330,000 orang di seluruh dunia untuk mendapatkan semula harapan, keseimbangan dan keharmonian seperti yang diinginkan dalam kehidupan.

Walaupun manusia mempunyai batasan, Cherlin menyedari bahawa apa yang mampu beliau lakukan juga adalah terhad.

Namun begitu, beliau ingin kepakarannya dapat sampai kepada lebih ramai orang, atau lebih baik lagi, diwarisi oleh generasi seterusnya. Satu-satunya cara yang beliau fikirkan adalah dengan menjadikan kepakarannya sesuatu yang berbentuk fizikal. Walaupun beliau sangat meminati Feng Shui, beliau juga sangat mendalami dunia haruman dan telah mengamalkan aromakologi selama lebih 20 tahun. Selepas bertahun-tahun menjalankan penyelidikan dan pembangunan, melalui pelbagai cabaran, penolakan dan pengesahan, Cherlin akhirnya berjaya sekali lagi.

Dan lahirlah “anak baharu” beliau — Felement.